2012 + PMR


Hai kepada yang rajin singgah belog Adha nih
Sori tau sebab Adha tak update selalu
1/1/2012 baru Adha dapat update belog nih
Disebab kan ada masalah teknikal 
Kah-kah-kah
Wahh.. Sudah Tahun 2012 lah
Macam tak percaya jea
Sekejap betol masa berlalu kan 
Tahun nih aku berumur 15 tahun 
Dan akan menghadapi Penilaian Menengah Rendah
Alamak.. Adha belum ready lagi..
MACAM MANA NIH!!! #jerit serupe pondan
Kakak aku bersuara
Apa susah, Kau belajar lah dari sekarang
Kang susah nanti nak jawab soalan nye
Okay, Tahun baru Azam baru
Adha mau belajar betol-betol
Lepas tuh boleh dapat straight A 
Haha, Dapat ke?
Mestilah dapat kalau kita BERUSAHA
Jam memang menunjukkan 4:38a.m tepat
Adha dah mengantuk sangat
Selamat Tahun Baru Korang :)

Duit Oh Duit

Duit oh duit..
Ramai orang gile judi, ramai orang gile judi
Ada yang setengah mati.. ada yang setengah mati
Akibat judi.. 
Ish ish.. not good not good 
Judi haram tau kengkawan
Berdosa ke? Pepandai lah korang gune kan otak
Okeh-okeh 
Duit mesti ada didalam poket kita
Kalau tak de.. tak dapat nak beli macam-macam
Nak duit.. Aku kasi free nih
Nak.. nak.. ?
Senang jea sebenar nye nak dapat duit
Okeh.. meh aku bagi free idea dekat korang xP
Korang kerja lah..
Hape kau, kau ingat aku kaya sangat nak kasi engkau duit
Kerje sendiri, Duit pun sendiri Oke
Jangan lah marah.. Bergurau-gurau jea
Beribu kali aku bergurau :D
Haha !
Nih nak citer cikit pasal duet
Wang Ringgit
Wang Ringgit Malaysia You Know
Okeng.. Let's talk about money
Duit sekarang pun nak berubah juga (Tranformers)
Macam kita
2011 pergi kepada 2012
laptop lama kepada laptop baru
awek lama.. eh eh No No.. not good ye kengkawan (saya cinta yang setia)
Azam pun nak berubah kepada yang baru :)
Let's check down about new money at Malaysia



Nota kecil-kecilan:
Aku tengok lelama dekat duet tuh.. Ada sumthing lah..
Rm20 diwujud kan xD.. Hoho.. 
Sekejap.. tapi ada yang lagi dasyat pertukaran nye..
Apa ekk.. Duit tuh dah macam merupai satu permainan
Permainan apa ekk.. Aku nie dah la dah tua
Aku lupe dah -__-
Monopoly.. Yeah.. Akhir nye aku ingat juga..
Kalu monopoly boleh main buang-2
Kalau duit betul-2 boleh main buang-2?
Hmm.. nak bagi cadangan cikit..
Kalu model pemegang duit tuh cute and most cute
Boleh lah juga :))
Haha.. Apalah kau nie Adha.. Ish ish.. Dush dush #tumbuk muka sendiri xP

Demam Facebook, Jangan Risau


Yo.. What up..
You all sihat?
Hope sihat-sihat jea lah ye
Kepada yang tak sihat tuh duk diam-diam dekat rumah ye
Jangan nak menambahkan demam oke
Saya syior kan kepada orang-orang yang demam tuh
Kalau boring sangat duduk rumah
Cari lah laptop ke komputer ke ipad ke iphone ke hape-hape -_-
Gurau sekali lagi xD
Dah dapat bende teknologi tinggi tersebut (laptop jgn igt mesin basuh pulak)
Daftar lah dan membeli internet 
Keh-keh-keh
Yang dah ada tuh silakan lah pergi ke laman sosial iatu Facebook 
Yang tak de lagi tuh pepandai korang lah ye
Okeng
Setelah anda menyukai dengan laman sosial iatu Facebook
Memula anda berasa bosan 
Lepas dah ada sumthing happen to you (cehh..speaking eng)
You will become demam facebook
So..hati hati dengan facebook
Hehek, jangan risau
Adha ada penawar nye iatu
Virusiti Facebook (ayat rekaan sendiri. Hohok)
Setelah anda terkena demam facebook
Sila lah menelan pil tersebut (gambar dibawah)
Yang tak demam facebook tuh
Memandai-mandai lah korang ye
Kalu demam jangan cari aku tau xP
Anda ingin melihat Virusiti Facebook
Ada dibawah ini, Dipertonton kan 
|
|
v



Nota:
Sekadar Hiburan Saje xD

Hey Comel Hey Handsome :)

Hai awak yang tengah duduk tu sambil mengadap komputer or lappy
Awak buat apa tuh..
Skodeng blog saya eh..
Tak malu tak malu.. gurau jea lah
Awak memang dialu-alukan pun untuk skodeng blog saya
Adha nak share cikit nih
Sweet gile tentang mereka
Mereka memang sangat sweet sangat
Siapa mereka? Hehe. Sabar ye sabar ye
Nak tahu tak, nak tahu tak
Tak Nak....
Apa.. apa.. korang cakap apa.. Adha tak dengar kuat cikit
Nakk....
Eh tadi Adha dengar kata tak nak, sekarang nak pulak
Hehek. Adha memain jea lah xD
Bergurau senda sesekali
Okeh-okeh.. Adha share
Nak tahu siapakah mereka
Jum layan video dari YouTube ini dibawah
|
|
v

Hey Hey.. Macam mane.. Sweet tak.. Hehek.. Hope diorang bahagia :'D

How To Delete Facebook Account Permanently

Facebook, yang popular Rangkaian perkhidmatan sosial dan lebih daripada 500 juta orang di seluruh dunia sedang menikmati. Beberapa mereka yang beberapa isu dengan dasar privasi dan keselamatan Facebook. Mereka cuba untuk menghentikan perkhidmatan terbesar Rangkaian Sosial. Ramai daripada mereka tidak tahu bagaimana untuk memadam akaun Facebook? Berikut adalah beberapa langkah-langkah untuk Memadam Akaun Facebook anda (Padam Buat Selama-lamanye)

Nota:
Terdapat dua cara yang berbeza "Menghilangkan" akaun Facebook anda. Pertama, "Deactivate Your Account". Bermakna bahawa akaun anda tidak lagi akan aktif. Dalam erti kata lain. Semua maklumat anda masih boleh diakses oleh anda, tetapi ia tidak akan dapat dilihat oleh orang lain. Perkara Kedua "Delete Account". Ini bermakna bahawa semua maklumat anda akan terpadam selama-lamanya pada akaun tersebut. Pengguna "Deactive Your Account" boleh digunakan kembali. Sesiapa memilih "Delete Account". Akaun facebook anda tidak dapat dikembalikan. Adha meletakkan cara-cara nak delete facebook dibawah nie kay. Sesiapa yang mahu delete facebook tuh. Say goodbye to FB x)

Click Here -> https://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account
A Captcha box will display. You must enter your password and captcha image in the boxes. Then click ‘Okay’ button.
A ‘Permanently Delete Account’ box will show.Click on the ‘Okay’ button at the bottom of the box.


Tips dan Amaran:
Jika anda hanya ingin "Mencuba Delete Account" akaun bukan hilang selamanya, anda boleh berbuat demikian dari menu Account Settings. Dengan cara ini, semua maklumat kamu masih boleh didapati untuk anda mengakses. Jangan login akaun anda selama 14 hari. Jika anda login ke akaun anda dalam tempoh 14 hari, ia tidak akan padam dan anda boleh menggunakannya lagi. Jika anda mahu

Jika anda memadam Akaun anda,semua maklumat anda akan hilang dan anda akan tidak mempunyai cara untuk mendapatkan kembali.

Nakal Tapi Bijak

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, 

“Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, 

“Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…

”Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, 

“Bukankah anda ayahnya?”

Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”

Note: Just For Fun Only :)

Macam-2 Lah Facebook Nih


Seperti kami maklumkan sebelum ini, para pengguna tempatan telah mula menerima Facebook Timeline, dan kini, beberapa pengguna turut melaporkan mereka telah mula dapat mengaktifkannya dengan mudah melalui halaman Facebook Timeline bermula hari ini, tanpa perlu menunggu seperti dulu. Percubaan kami juga membolehkan kami menerima Facebook Timeline tersebut dengan pantas. Dan pada masa yang sama, Facebook turut kini menetapkan masa, dimana para pengguna hanya diberikan masa selama 7 hari sahaja untuk membuat pelbagai tetapan pada halaman Facebook, sebelum ia diperlihatkan secara automatik kepada semua pengguna dan rakan-rakan anda yang lain.

Jadi, adakah anda mengemari Facebook Timeline yang baru ini ataupun bagaimana?



#Macam-macam lah facebook nih. Hope tak sebijik berbentuk MySpace

100yen Nak Lagi Subway Taknak Lagi


Korang tahukan apa kebenda gambar diatas tuh. Itu 100-yen snow ice. Mahal beb. Semangkuk Rm4.90. Itu belum tambah toppings. Kalu tambah toppings. Harga semangkuk berubah kepada Rm5.90. Mahal tak mahal tak?. Hoho. Korang beli korang rase, pasti nak lagi. Sedap lah jugak 100yen snow ice tuh. Makan sesekali boleh lah. Kalu makan tiap-tiap hari kering lah dompet. Duit pun melayang habis terbang. Kalau sesiapa yang kaya tuh boleh tak belanja aku. Aku teringin nak rasa lah. Hee. Gurau jea. Aku selalu order Coffee and Chocolate jea. Yang lain-2 nampak tak sedap. Bukan nampak. Dah memang tak sedap. Sesekali komen tentang makanan xP. Okeh tutup cerita 100-yen



Subway. First time aku masuk ke kedainye dan membeli nye. Bukan aku yang beli. Member-member aku yang beli. Okeh. Nak citer cikit. Aku dengan member sudah memakannye. Kitarg pun tak tahu rase nye sedap ke tidak. Aku nak bagitahu dekat korang nih. Korang jangan tertipu macam kami ye. Korang nampak gambar diatas Rm7.50 (6-inch only) Try amik pembaris dan ukur. Nampak macam tak puas jea kan. Okeh. Kitarg pun order lah subway nye. Kitarg pun agak-agak lah yang 6inci  tuh cikit en. So. Kitarg order yang footlong. Footlong panjang nye lebih kurang 13inci kutt. Order punye order. Tungu depan kauter. Akak kauter tuh cakap "Semua nye harga Rm60.50". Kitarg baru jea beli tiga jenis subway. Perghh!! menjerit sial mau bayer nye. Member aku berkata "Nak nangis hah beli subway nih". Harganye menjadi 2kali ganda kalau kita beli footlong. Contoh kita beli satu yang 6inci harga nye Rm10.50 dan apabila kita membeli yang footlong harga nye mendadak menaik menjadi Rm21.00. Aku rase membazir betul beli subway nih. Aku memberi cadangan kepada korang. Kalau korang nak beli subway nih hati-2. Tengok menu tuh betul-2. Sebab yang footlong dia tak tunjuk harga nye. Yang 6inci jea tunjuk harga. So nak membeli subway nih kene lah bawak duet bebanyak. Kenangan dasyat seumur hidup aku melihat member-member aku membeli subway. Lain kali aku dah tak nak singgah subway

Kehilangan Yang Aku Sayang


Dia telah pergi meninggalkan aku buat selama nya
Terasa amat jenggal bile kau tiada
Selalu nye kau berkeliaran di dalam rumah
Selalu buat hal di dalam rumah
Selalu bermanje-manje
Kau suke tidur sebelah aku pepagi
Kau jadi teman bile aku sunyi
Kekadang kau buat aku marah
Kekadang kau buat muka yang comel
Kekadang kau buat muka garang-garang comel
Aku rindu everything pada kau
Tuhan lebih menyayangi kau
Aku terpaksa terima hakikat
Kematian kau aku tak dapat nak siasat
Setelah kau meninggalkan aku
Tiada yang datang rumah aku nak gadoh dengan kau
Sebelum kau meninggalkan aku
Aku asyik terdengar kau bergaduh
Aku tak mampu nak melindungi kau
Aku harap pemergian kau adalah jalan yang terbaik untuk kau :')

Tanpa Kawan Tak Sempurna

Kawan?? Kita semestinye memerlukan kawan. Tiada kawan. Siapa lagi kita nak bergaul. Tak kan dengan haiwan kut. Okeh. Jum baca cerita saya. Petang-petang biase lah bebudak kan keluar dengan member nak lepak-lepak,main bola sini, main bola sana. Saya un pun join juga keluar petang-petang. Maklumlah dekat rumah membosan kan. Saya dengan kengkawan main bola sepak di satu tempat yang tak seberapa berkenan. Di Nervilia #korg tk tnye pun kan. Hehek. Dekat sana dapat lah jugak menghilang kan bosan yang terkumpul dari rumah. Kalu dekat sana nak main bola mesti ado empat orang. Saya cukup-cukup jea dengan kengkawan saya. Korang tak perlu lah nak tau sape ehh. Korang tau-tau kan sendiri la ye. Malas nak taip. Main punye main GOAALLL !!! Hehek. Menang punye menang akhir nye kalah. Hadoiyai. Kalah lah pulok. Takpe-takpe. Itulah adat permainan. Ada menang,ada kalah. Kalau ada menang takde kalah. Itu nama nye bukan permainan yang adil. Adelah satu saat nih. Saya salah faham dengan kawan saya. So, apa jadi? Jadi gaduh lah. Saya un malas nak layan. Amik kunci motor. Balik rumah sesorang. Time pergi sane ado orang belakang. Time balik takdo orang belakang. Hish-hish. Jahat nye saya nihh. Hati pun rase hangat dan panas aje. Tapi tapi.. saya nih lembut hati xD #baik org nye (perasan jea lebiy). Hee. Akhir nye berhenti juga pergaduhan kecil-kecilan tersebut.  Itulah sebab penting nye ada kawan. Dalam permainan, hilang sorang tak dapat nak main bola. Kehidupan, tanpa kawan tiada teman xp

10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Jangan Bersedih Jika Putus Kasih


Anda putus kasih? Jangan bersedih.


Percayalah bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama kita. Pada permulaanya memang menyakitkan. Kita hilang selera makan, selalu menangis dan terkenang. Jangan terlalu mengikut perasaan.

Memang sakit dan pedih. Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan menangis. Syukur alhamdulillah, pada satu hari, saya terpandang surah Yassiin diatas meja solek. Hati saya tergerak untuk membaca kerana merasa tidak sanggup nak berdepan dengan perasaan sendiri. Harapan saya setelah membaca surah Yasiin hati saya akan jadi tenang.



Dan memang terbukti. Hati saya mula tenang, jiwa mula hilang kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya. Mulai saat itu setiap kali selesai sahaja solat fardhu, saya akan membaca surah Yasiin. Kalau dulu, saya akan cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas solat, namun sekarang saya merasa tidak lengkap kalau tidak membaca Yasiin. Hati saya sangat tenang dan damai.


Setelah agak tenang, saya mula menghubungi kawan baik saya. Meraka menasihati saya supaya perbanyakkan solat istikarah, dan saya cuba melakukannya. Setelah beberapa kali membuat solat istikarah, tiba-tiba pada satu hari perasaan saya menjadi sangat kuat. Saya rasa seperti Allah SWT telah menyuntik semangat baru pada saya.


Saya tidak lagi menharapkan ‘dia’ untuk datang kepada saya, malah saya juga tidak lagi kisah walau apa pun terjadi kepada cinta saya. Saya bersyukur sangat2. Sekarang ini saya hanya berserah kepada Allah untuk menentukan arah tuju hidup saya.


Saya belajar dari kesilapan, dan saya berharap anda pun begitu juga. Bukankah Islam telah membataskan pergaulan antara lelaki dan wanita. Apabila terfikir begitu saya mula insaf. Saya telah melanggar batas-batas tersebut. Saya tidak sepatutnya terlibat.


Saya mula muhasabah diri dan terfikir kepada dugaan ini berlaku kepada saya. Dan akhirnya saya faham, bahawa saya telah lalai semasa bercinta. Memang kita masih bersolat tapi masa kita lebih banyak bersms dan berchatting.


Walaupun tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT (alhamdulillah), namun saya masih lagi merasa bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana telah membiarkan diri saya terpengaruh dengan perasaan sendiri.


Setelah mendekatkan diri kepada Ilahi, saya mula mendapat cinta baru yang lebih suci dan agung iaitu cinta Ilahi. Saya tidak lagi mengharapkan cinta dari seorang lelaki yang belum tentu jodoh kita. Seperti kisah yang pernah saya share sebelum ini iaitu kisah Fatimah Az-Zahrah dan Ali RA, mereka percaya dan yakin dengan jodoh yang Allah SWT tentukan, kita juga perlu begitu. Dan saya juga sedang berusaha kearah itu, berserah dan redha atas ketentuan Allah SWT.


Percayalah kawan-kawan, dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung. Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan.


Kawan saya berkata kepada saya bahawa Allah mungkin sengaja memberi dugaan begitu kepada saya kerana Allah SWT ingin saya dekat dan kembali kepadaNya. Saya setuju, saya kini mempunyai masa untuk membaca Yasiin berbanding dulu, selalu sangat skip. Kini nasihat kawan itu saya tujukan kepada anda.

Hak Milik Mohd Adha Sejak 2011