Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir?

Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Hampir? Adalah satu sumber ni Adha search dekat Pak Cik Google, Terjumpe lah entry ni. Kalau rajin baca lah, kalau tak rajin tolong Adha klik SINI dan daftar. Siapa klik Adha belanja coklat Cadbury. Hihi. Selamat Membaca Entry yang bermakne buat kita ni :)




Satu fenomena letusan suar matahari dan semburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) telah dilaporkan berlaku di permukaan matahari pada 23 Januari lalu yang dikesan melalui satelit khas pemantauan matahari, SOHO dan STEREO milik NASA dan ESA.

Letusan ini telah menyebabkan fenomena ribut geomagnetik di bumi pada 24 Januari sekitar jam 15:00 UT (jam 23:00 Waktu tempatan).

Fenomena ini telah dilaporkan oleh stesen TV3 pada hari yang sama.

Untuk rekod, matahari adalah sebuah bintang bersaiz sederhana dan mempunyai aktiviti luaran (permukaan) seperti pembentukan tompok hitam (sunspot), penyemburan tenaga melalui fenomena seperti suar matahari (flare) dan penyemburan jisim korona yang boleh menyebabkan fenomena ribut suria (solar storm).

Aktiviti matahari ini mempunyai kitaran ‘senyap’ dan juga ‘aktif’ selama 11 tahun yang berulang yang dikenali sebagai kitaran suria (solar cycle).

Fenomena di mana matahari mengalami aktiviti ‘aktif’ ini di kenali sebagai solar maksimum (solar max) yang dijangka akan berlaku dalam tahun 2012 hingga 2013.

Kesan fenomena ribut suria dan interaksinya dengan medan magnet dan lapisan ionosfera bumi boleh menyebabkan ribut geomagnetik yang mana boleh menyebabkan gangguan kepada sistem komunikasi radio dan radar, sistem satelit dan gangguan kepada sistem navigasi seperti kompas yang berpandukan kepada magnetik bumi dan fenomena kenampakan aurora di kutub utara dan selatan bumi.

Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 telah menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.

Sebenarnya penulis agak panik juga bila mengetahui berlakunya fenomena sedemikian, bertambah panik lagi apabila ramai pihak mendakwa fenomena ini merupakan petanda kiamat makin hampir.

Sejauh manakah benar dakwaan berkenaan?

Agensi Angkasa Negara mempunyai jawapan saintifik berhubung fenomena tersebut.

Dalam kenyataan di laman webnya, AAN menjelaskan satu Nota Jemaah Menteri (N618/2011) daripada MOSTI telah dibentangkan pada 3 Ogos 2011 yang telah menerangkan fenomena berkaitan, dan juga jangkaan berlakunya solar maksimum pada tahun 2012 – 2013 ini, dan kesannya kepada bumi dan aktiviti berkaitan.

Menurut AAN, satu jawatankuasa bersama antara mereka dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum, juga telah diwujudkan untuk memantau dan menangani fenomena solar maksimum ini.


Berkenaan laporan ribut geomagnetik yang dilaporkan berlaku pada 23 Januari itu, AAN menjelaskan, laporan daripada National Space Weather Prediction Centre (NSWPC) dan National Oceanic & Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan ribut yang telah berlaku hanyalah pada skala G1 (bacaan paling rendah) dan bukannya G2 – G3 seperti yang dilaporkan oleh berita TV3.

” Ribut itu tidak memberi gangguan kepada sistem infrastruktur di bumi dan hanya telah mewujudkan fenomena aurora di kutub utara. Untuk makluman, skala G5 ialah bacaan yang paling tinggi.

” Untuk makluman juga, fenomena seperti ribut geomagnetik ini hanya memberi kesan yang ketara kepada negara-negara yang berada di kutub atau di latitud tinggi seperti USA, Rusia, Eropah manakala negara-negara yang berada berhampiran Khatulistiwa adalah lebih selamat.

” Sehubungan dengan itu, Malaysia diramalkan selamat dan tidak akan terkesan dengan fenomena berkaitan,” jelas AAN dalam kenyataan tersebut.

Untuk makluman, bermula bulan Januari 2012 ini, Jawatan Kuasa Pemantauan Solar Maksimum akan menyediakan laporan berhubung dengan fenomena ini secara bulanan untuk makluman umum.

Dengan penjelasan AAN itu, penulis berharap kita semua jangan cepat panik dengan apa yang berlaku.

Ingatlah, kiamat merupakan kerja Tuhan dan bukannya urusan kita.

Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)

Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.

“Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya.” (Surah Luqman: 34)

Ertinya dalam hadis ini Nabi SAW menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.

Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat.

Bukan sahaja Nabi SAW dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.

Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.

Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.

Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.

Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah.

Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat.” (Surah Luqman: 34).”

Wallahualam

Terima Kasih Reader(s) Sudi Baca Entry Ini

Cuti Boring..


Cuti sekolah yang membosankan. Masa cuti Adha duduk rumah jea lah. Kalau ada member keng-kadang ajak main basketball lepas tuh lepak McDonald. Dah lah ajak lepak McDonald, yang Adha nie dengan takdo duit nye. Hanye dapat melihat member Adha mencekik jea lah.

Memalam pun jarang keluar. Sesetengah member kerja, sesegelintir pulak sekolah sebab esok mau bangun pagi. Alahai busan betul. Tak tau nak buat apa. Kerja sekolah yang diberi oleh cikgu. Aku malas mau buat. Hahaha. Apa ke bengong Adha nie. Tak sedar-sedar lagi yang aku nie akan menduduki PMR. Takpe, lain hari kita belajar kay.

Bersedialah Mohd Adha, Kau akan hadapi dugaan yang paling berat sekali dalam kehidupan kau !

Thursday Writter



"You Are The Heart Of My Life.."

Fuhh Letih


Hui Hui
Lama dah kita tak ketemu ye..Hihik
Seronok nye dapat taip-menaip blog yang dah lama ditinggalkan
Lama lah sangat... Tak silap 2 minggu kutt
Tak pelah,abaikan tak penting pun kan
Korang apa khabar
Hope korang okeh-okeh jea lah ye
Okeh...Nampak tak title tuh tertulis apa kebenda nye pun
Apa maksud nye?
Hahaa... Ia berkaitan dengan gambar diatas
Cetengok cetengok
Betapa letih nya Adha asyik-2 kene training
Training matian-matian woo..
Tapi setakat nie tak de lagi yang mati
Haha..Adha gurau
Berbalik kepada cerita Adha tadi
Korang takde join apa-apa ke?
Ala join lah sikit.. Kita kasi enjoii xD
Maybe Adha dapat update blog nie cikit-cikit jea
Sebab Adha buzy dengan latihan Taekwondo dan Basketball
Kalau Adha tak update blog tuh faham-faham lah ye
MSSD Taekwondo 3 March
SPADES (Competition Basketball) 10 March

Aiyoo.. Macam tak sempat jea Adha nak buat latihan
Nasib baik Adha dah buat latihan awal-awal
Kalau tak.. Sia-sia jea lahh..
Kikihh.. Okeh lah keng-kawan yang setia baca belog Adha
Adha pergi training dulu
Ada masa Adha update lah belog ye
Tata

Alohh, Tak Best Lah Macam Nie


Hai kawan-kawan...
Sediy nye saya harini
Sediy sesangat.. :'(
Sediy sebab kenapa ?
Laptop sudah tiba untuk dibawa pergi
Sobb..sobb :'<
Nak online gune komputer, komputer pulak masalah
Nak pinjam abang punye laptop
Abang sorok kan laptop nye jahat punye abang
Maybe Adha dah tak online lagi dah
Tak rajin nak pergi cyber cafe
Tak dapat lah Adha nak download movie yang latest-2
Anime pun Adha terpaksa ditinggalkan sementara waktu
Facebook Adha pun terbiar macam sampah jea
Blog mesti dah tak de orang nak jenguk-2 lagi dah
Kesian nye dekat Adha
Laptop dah dibawa pergi nanti
Mesti Adha bosan
Bosan..bosan..bosan
Walaupun laptop akan dibawa pergi
Ia takkan menjejaskan pelajaran
Maybe lebih senang untuk Adha belajar tanpa laptop
Sebab Adha nie selalu jea duk mengadap laptop
Tak ingat pelajaran -__-

Nak kumpul duit beli laptop sendiri :)
Kumpul dari sekarang
Lama-lama jadi beribu-ribu
Hehek..
Kalau boleh nak angkat yang macam dibawah nie
HP Pavilion dv6-6136nr Notebook PC, steel gray aluminum  
Harga Dalam Rm800.00 kebawah je

Kualiti dan perfomance pun bagus 
Genuine Windows 7 Home Premium 64-bit
15.6" diagonal High Definition (HD) +  BrightView LED-backlit display (1366 x 768)
 Gen Intel Core i3-2330M processor (2.3GHz)
640GB hard drive with built-in protection
6-cell Lithium-Ion battery with up to 6 hours of battery life
Amacam, manyak bagus ka? Haha
Semesti nye terbaek :)

Okeh lah keng-kawan
Bertemu lagi kita ye :)
Byebye :')

Belajor Belajor

Wey wey, Malu lah wey. MALU GILA LAH WEY !!
Grr.. Bengang betol aku
Apa yang malu nye cik abang?
Haha, Adha gurau jea lah
Mana ada malu pun
Datang ke sekolah dengan niat nak belajar bersungguh-sungguh
Malu lah wey kalu kita gagal PMR
Malu malu.. Ape aku kisah kalau aku gagal ke hape
Kalau tak nak malu, Apa lagi
Mula lah baca buku
Adha malas lah nak bace buku
Tolong baca kan >.<
Hurm, kalau suruh orang baca kan nati dia yang jadi pandai
Haduiyai, Usaha Tangga Kejayaan
Nak tak nak kene lah belajar juga :)

First day sekolah Adha dah kene panggil di PEJABAT
aiyok..tatayok..tu lah kau sape suruh tak nak potong rambut
Cuak cuak..cuak gelabah bangang
Haha, Nie makan nye "Papp!" #pelempang sekali
"Papp Papp Papp!!" #pelempang tak terkira
Woi woi ! kau melamak ye, Meh aku nak bertomoi
"Dush dush dush"
Halamek tak kena sudah
Haha, korang rase-rase apa sebab Adha kene panggil
Adha budak baik, Tak buat jahat ye wekk :P
3...
2..
1.
Tettt.. Masa tamat
Korang nak tahu apa sebab Adha kene panggil ?
Ini lah Jawapan nye
Cikgu panggil sebab cikgu nak mintak pertolongan angkat barang yang berat-2
Tipu lah berat.. Eh tak caye berat ye.. Nah kau pegang Dosa kau
Berat tak dosa kau ?
Orang kata bekbaik, Dia jahat pulak
Kah-kah-kah
Gurau berkali-kali lagi xD
Best wokk angkat barang tuh
Sebab kenapa best?
Boleh amik kesempatan masuk kelas lelambat
Huhu..Syiok syiok !
Lepas jea abis angkat barang, Penat dan lenguh lah pulak -,-"
Nak tak nak jea belajar, campak buku ke tong sampah <--tiputipu
Belajar punye belajar, Tiba lah masa untuk balik
Balik rumah tidur jea lah Adha nie :)
Oke, Cau~

Siapakah Wanita Yang Cantik ?

Hai, Berjumpe lagi kita
Rajin pulak Adha update nih eh
Hehe, Biasa lah tuh
Okeh, Adha nak share bebanyak dekat korang nih
" SIAPAKAH WANITA YANG CANTIK ? "
Nampak tak tulisan yang tebal tuh
Kalau yang buat-buat tak nampak tuh 
Meh sini Adha sebut kan
Kau buta ke hape, Buat penat aku jea buat tulisan tuh tebal-2 
Okeh, Faham? 
Memang tak lah nak faham, Kah-kah-kah
Jahat benoh aku nih
Alohh.. Korang janganlah close tab yang
Jangan close okay
Jum kita berbalik kepada topik kita :)
Kita mulakan dengan hati yang tenang yee 

Wanita Cantik ialah :
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan (streess lah gitu)
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah disaat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi..

Ya Allah.. Walaupun aku tidak secantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihapadan-Mu

1)Melukis Kekuatan Melalui Masalah
Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)Tersenyum Saat Tertekan
Percaya atau tidak. Kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? Kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.

3)Tertawa Saat Hati Sedang Menangis
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.  Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya. Dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)Tabah Saat Terhina
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)Mempersona Kerana Memaafkan
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah

6)Mengasihi Tanpa Balasan
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan. Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk mereka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala dugaan dan ujian dari YANG ESA. Dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)Bertambah Kuat Dalam Doa Dan Pengharapan Illahi
Dia hanya berharap kepada YANG ESA. Dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Panjang tak korang bace ? Pendek dan ringkas jea kan
Sebenar nye ada lagi
Nak ke? Haha
Jari nie dah penat lah sayang nak taip
Cukup lah nie ye :)
Terima Kasih Kerana Sudi Baca



Hak Milik Mohd Adha Sejak 2011