BoBoiBoy Musim Ke-2

Sinopsis:
Unik, membanggakan dan pastinya sangat menghiburkan! Satu pencapaian besar untuk industri animasi tempatan sepanjang dua dekad apabila diserikan dengan kehadiran pelbagai siri animasi yang telah mendapat tempat di hati penonton pelbagai usia. Kini, bersiap sedia pula dengan kemunculan terbaru, BoBoiBoy Musim ke 2, yang bakal bersiaran di kaca TV3!

Dibawakan dengan kerjasama Captain Munch dan dijana oleh pembabitan kreatif 30 orang juru animasi professional, BoBoiBoy musim ke-2 mempamerkan aksi lebih menarik watak superhero memburu satu misi yang dijangkakan mampu meledakkan satu fenomena baru serta menjadi kegilaan kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Dihasilkan dengan teknik animasi dan terperinci, siri animasi 3D ini bakal menyusul bermula 27 May 2012,pada setiap hari Ahad jam 7.00malam.

Promo Musim ke-2 BoBoiBoy!



Download Link :

[Preview Screenshot]

Hero

Sinopsis:
Komik ini berkisarkan tentang tiga orang remaja Zes, Cal dan Chee memperjuangkan muzik kegemaran mereka iaitu rock punk dan menamakan kugiran mereka sebagai "Nailhead" (bermaksud "Kepala Paku" dalam BM).


Download Now

Cheap Shot

Bodyguard

Sinopsis:
Jangan gusar kepada bayang-bayang, itu tandanya masih terdapat cahaya di suatu ruang berdekatan."
Scott, Smith dan Erik merupakan empat lelaki yang mempunyai sejarah yang kusam. Walau bagaimanapun, mereka percaya kepada erti harapan yang merupakan pegangan dalam penubuhan Bodyguard.com, sebuah agensi pengawal keselamatan yang mereka dirikan bersama. Setelah beberapa tahun Bodyguard.com ditubuhkan, mereka membuka sebuah kedai runcit bernama Coral. Di situ, mereka mengenali Nail yang akhirnya turut menyertai agensi tersebut. Begitupun, sikap panas baran Nail membawa padah apabila berlaku permasalahan di antara mereka dengan seorang samseng bernama King... yang mempunyai pengalaman hitam bersama Scott suatu masa dahulu.

User

Sinopsis:
User mengisahkan Elan yang bekerja secara sambilan sebagai game tester yang secara tidak sengaja telah memesan sebuah permainan video yang pelik. Elan telah dipilih untuk menyertai permainan 'Digital Gladiator' tersebut. Permainan tersebut boleh mengimbas seluruh tempat dan pergerakan musuh. Sesiapa yang berjaya mengumpul 35 jenis senjata dengan level yang tinggi akan menjadi 'Master Gladiator'.
INFO SELANJUTNYA --> SINI


Under 18

Sinopsis:
Mengisahkan tentang Ax, Kaiou dan Yosi, tiga orang pelajar sekolah menengah yang berkelakuan samseng, sering mencetuskan huru-hara di sekolah. Walaupun begitu, mereka bertiga mempunyai watak yang sangat berbeza dan sering terjadi kisah-kisah yang sangat menarik di dalam hidup mereka bertiga.


Download Now

Kijiya

Sinopsis:
Selepas bencana Tsunami menimpa manusia, makhluk-mahluk jahat yang dipanggil pelesit telah muncul dari kegelapan. Pelesit-pelesit ini membunuh manusia untuk menunjukkan siapa yang layak menguasai bumi. Sekumpulan manusia yang mampu membunuh pelesit telah tampil dan bergabung untuk menentang makhluk tersebut. Perjuangan mereka kemudiannya diteruskan dengan penubuhan sebuah unit askar melawan pelesit. Mereka yang mampu membunuh pelesit ini digelar ahli sihir.
INFO SELANJUTNYE --> SINI


Download Now

K.O King

Sinopsis:
Api merupakan seorang samseng remaja yang cukup terkenal dengan dayanya untuk menjatuhkan seteru dengan mudah. Maka dengan itu, melalui usaha Cik June, Api kini ditempat di Kolej Anderson secara percuma untuk memerangi budaya gengsterisme yang cukup berleluasa pada kalangan pelajar di kolej tersebut. Dengan menggunakan cara yang agak keras namun berkesan, Api secara tidak langsung berjaya mencipta muafakat di antara pelajar dan para guru sendiri.


Download Now

2 Dudes

Sinopsis : 
Cerita ini berkisah tentang persahabatan dua remaja iaitu Jerry dan Slay yang menghabiskan masa muda mereka di kalangan para samseng. Hidup liar hanyalah satu-satunya cara bagi mereka meneruskan kehidupan. Begitupun, pada hakikatnya, mereka bukanlah keluar untuk mencari masalah namun sebaliknya mengejar sebuah tempat yang boleh menerima mereka.


Download Now


Download Now

Kesan Jika Tutup Laptop Tanpa Shutdown


Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan
mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.

Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.

Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.

Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.

Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.

Singgah Sini Jap >> Like M&M 's ?

Apa Itu PDF?


Tahu tak kenapa fail PDF adalah paling popular digunakan di laman-laman web? Biasanya bila satu-satu laman web menyediakan dokumen yang boleh kita download, ia akan diberi dalam format PDF. Kawan saya pernah tanya, kenapa tak guna format DOC oleh Microsoft Word? Ok, bagi menjawab soalan ini, mari kita tengok apa itu PDF.

PDF (Portable Document Format) adalah satu format fail yang dibina oleh Adobe. Fail PDF biasanya mengandungi teks dan gambar, sama macam fail Microsoft Word. Namun fail PDF ini telah menjadi format utama yang digunakan di Internet, kerana saiznya yang kecil. Bayangkan fail Microsoft Word yang sebesar berpuluh-puluh MB boleh dipadatkan sehingga tidak lebih dari 10 MB sahaja dalam fail PDF. Saiz yang kecil ini akan memudahkan anda download dokumen dari Internet, serta menjimatkan ruang dalam Hard Disk.

Untuk membaca fail PDF, anda perlukan software seperti Adobe Reader ataupun Foxit PDF Reader. Saya cadangkan anda guna Foxit PDF Reader kerana ia lebih pantas.

Kalau nak buat fail PDF pula, Microsoft Word pun boleh digunakan. Dah habis tulis dokumen anda, tukarkan fail Word tersebut kepada PDF menggunakan CutePDF Writer. Nak lebih mudah, gunakan OpenOffice yang membolehkan anda save terus dokumen anda dalam bentuk PDF.

-->Anda baik klik sini 

Kuroko No Basuke

[Weekly Update]



Nama Asal : Kuroko No Basuke
Nama Lain : Kuroko's Basketball
Tarikh Mula Ditayangkan : 3 April 11malam (12malam waktu Malaysia)

Genre : Sport, High School
Jumlah Episod : 12 + 1

Japanese
Subtitles : English
Format : MP4

Plot : 
Suatu ketika, Pasukan Bola Keranjang Sekolah Menengah Teiko mencapai kegemilangan apabila mendominasi semua kejohanan. Para pemain utama pasukan ini digelar Generasi Keajaiban. Setelah tamat pengajian di sekolah tersebut, mereka mula berpecah dan menyertai sekolah-sekolah tinggi yang mempunyai pasukan bola keranjang yang hebat.

Walau bagaimanapun, tak ramai yang tahu bahawa ada seorang lagi ahli Gerenasi Keajaiban, iaitu ahli "hantu" yang ke-6. Pemain misteri ini kemudiannya menjadi pelajar tahun pertama di Sekolah Tinggi Seirin, sekolah baru yang mempunyai pasukan bola keranjang yang kuat.

Kini, Tetsuya Kuroko, si pemain Hantu dan juga Kagami Taiga, seorang pemain berbakat yang menghabiskan pengajian menengahnya di Amerika mensasarkan untuk menjadi yang terhandal di Jepun, dengan menewaskan pasukan baru ahli-ahli Generasi Keajaiban, satu demi satu..........

Link Download by Mediafire : 

Episode 11 will update next week 
Hak Milik Mohd Adha Sejak 2011